FEEDJIT Live Traffic Feed

Artikel dipetik daripada Utusan Malaysia, 23 May 2008

Juara AF6 milik siapa?

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my

DIAM tak diam, program televisyen realiti paling popular di Malaysia, Akademi Fantasia musim keenam (AF6) bakal melabuhkan tirainya malam esok.

Sudah pasti saat konsert akhir AF6 membuka tirainya tepat pukul 9 malam esok bertempat di Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur sekali lagi akan menjadi saksi lima finalis yang akan merebut gelaran juara program realiti musim keenam terbitan Astro.

Walaupun musim ini mendapat kritikan yang cukup hebat kerana mempertaruhkan pelajar-pelajar yang dikatakan tidak berbakat serta tiada potensi untuk diangkat sebagai juara, namun, ramai yang sudah mula berteka-teki siapakah yang bakal merangkul gelaran juara kali ini.

Melihatkan situasi kali ini, sesiapa sahaja mampu menjadi juara berbanding lima musim terdahulu yang menyaksikan pemenangnya sudah boleh diduga.

Tidak dinafikan pola pengundian untuk AF6 sentiasa berubah. Seperti yang semua sedia maklum, pengundi setia rancangan AF mengundi peserta kegemaran mereka berdasarkan personaliti serta latar belakang seseorang pelajar itu dan bukannya bersandarkan pada bakat mereka semata-mata.

Namun, kita semua perlu menerima hakikat bahawa bukannya semua yang begitu. Di tengah-tengah mereka yang buta seni, masih lagi ada yang celik dan pandai menilai bakat peserta kali ini.

Kelima-lima peserta yang berjaya melangkah ke peringkat akhir iaitu Stacy, Riz, Nubhan, Nadia dan Toi ternyata mempunyai keistimewaan dan bakat tersendiri.

Kelima-lima mereka mampu membuka jalan kepada pengundi dan peminat setia untuk terus mengundi mereka agar mereka dapat membawa pulang gelaran juara yang menjadi idaman mereka yang berjaya melangkah masuk ke akademi paling popular itu.

Bagi menghangatkan bahang AF6 yang kian hampir menuju ke destinasinya, Hits mengajak pembaca setia untuk melihat siapakah yang akan menyerlah dalam persembahan mereka di malam konsert akhir nanti.

* Stracie Angie Anam (Stacy)

* 18 tahun

* Lagu-lagu yang akan dipersembahkan:

1) Atas Nama Cinta (dendangan asal Rossa)

2) Aku Stacy (lagu baru)

PELAJAR kelahiran Kota Kinabalu, Sabah ini merupakan salah seorang pelajar yang cukup menyerlah sejak dari konsert yang pertama lagi.

Dia juga cukup bijak mewarnakan persembahannya dengan gaya yang tersendiri tanpa mengikut acuan daripada mana-mana penyanyi asal menerusi lagu yang telah ditugaskan kepadanya.

Agak jarang juga untuk melihat Stacy mengecewakan peminat, pengundi serta pengkritik setiap minggu menerusi persembahannya.

Sememangnya tidak mustahil untuk peminat setia Christina Aguilera ini untuk merangkul gelaran juara sekali gus menjadikan dia peserta wanita kedua selepas Mila yang memegang takhta idaman ramai itu.

Cuma, bimbang juga seandainya dia akan melakukan kesilapan kecil yang akan menjejaskan prestasi persembahannya pada malam esok namun, melihat perkembangan Stacy sepanjang 10 minggu di AF, kebarangkalian untuknya melakukan kesilapan adalah kecil.

Bukan untuk bersikap prejudis mahupun berlaku tidak adil kepada pelajar lain, tetapi itulah hakikat yang harus diterima apabila berbicara tentang kehebatan persembahan dinamik Stacy di atas pentas.

Stacy cukup bertuah kerana dikurniakan dengan bakat dan vokal yang cukup mantap sehingga ada yang mengatakan dia antara peserta wanita terbaik sepanjang enam musim AF diadakan.

Malah, vokalnya cukup unik dan dia juga dilihat mampu untuk meletakkan dirinya sebagai bakat baru yang perlu diberi perhatian agar sinarnya terus bergemerlapan tanpa ada awan mendung yang akan melitupi sinaran gemilang itu.

l Mohammed Idris

Mohd. Zaizizi (Riz)

l 22 tahun

l Lagu-lagu yang akan dipersembahkan:

1) 11 Januari(dendangan asal kumpulan Gigi)

2) Hanya Sandiwara(lagu baru)

SAINGAN hebat kepada Stacy sudah semestinya anak muda kelahiran Gerik, Perak Darul Ridzuan ini.

Seperti Stacy, Riz juga jarang menghampakan penonton dan pengundi setianya menerusi persembahannya.

Bermula dengan konsert pertama dengan membawakan lagu Ketulusan Hati, Riz sudah mula memikat hati pengikut setia AF bahawa dia mampu untuk menambahkan lagi koleksi penyanyi lelaki tempatan dengan suaranya yang tersendiri.

Namun, kelemahan Riz yang dapat dilihat apabila dia sukar memberikan fokus sehingga menyebabkan persembahannya terjejas seandainya lagu-lagu yang diterimanya itu tidak menepati jiwanya itu.

Memang benar, untuk menjadi seorang penyanyi yang baik bukan semua lagu mampu dibawakan kerana ada sesetengah lagu yang sememangnya tidak sesuai dengan suara.

Dalam masalah Riz, kelemahannya itu cukup jelas dilihat pada konsert kelapan tempoh hari saat dia diberi tugasan membawakan lagu Laskar Cinta yang menyebabkan persembahannya dikatakan paling teruk sepanjang di berada di dalam AF.

Bak kata pengetua AF6, Ramli M.S, seandainya Riz ketika itu dapat menyelami maksud lagu tersebut, nescaya dia mampu memberikan persembahan yang hebat dan bertenaga sekali.

Diberikan lagu 11 Januari dan sebuah lagu baru, Hanya Sandiwara, tidak mustahil untuk Riz membawakan lagu tersebut dengan baik terutama 11 Januari kerana lagu yang berjalurkan sedemikian sememangnya cocok dengan vokal Riz itu.

Siapa tahu, dengan kehebatan kuasa para pengundi setianya, Riz mampu memecah monopoli pelajar wanita untuk bergelar juara.

l Ahmad Nubhan Ahmad (Nubhan)

l 22 tahun

l Lagu-lagu yang akan dipersembahkan:

1) Bukan Di Sini (dendangan asal kumpulan Sofaz)

2) Ada Untukmu (lagu baru)

ANAK kelahiran Kuala Pilah, Negeri Sembilan ini sememangnya cukup bertuah kerana dia dikurniakan dengan tone suara yang begitu unik dan jarang ada pada penyanyi lelaki yang sedia ada.

Malangnya, peminat setia Datuk Siti Nurhaliza ini tidak pandai untuk membawa vokalnya ke tempat yang sepatutnya lantas menjadikan persembahannya begitu hambar setiap minggu.

Walaupun kadang kala menampakkan peningkatan dalam persembahannya dan sering diberikan lagu yang secocok dengan vokalnya, tetapi ia belum cukup untuk menyerlahkan vokal dan identiti sebenar Nubhan.

Seharusnya, Nubhan perlu bekerja lebih keras untuk mendapatkan kepercayaan daripada peminat dan penyokongnya untuk mengundinya berdasarkan bakatnya dan bukan semata-mata personalitinya yang mendapat perhatian ramai itu.

Diberikan lagu Bukan Di Sini sudah cukup baik buat Nubhan kerana lagu-lagu berjalur sedemikian memang kena dengan vokalnya itu tetapi seandainya dia gagal untuk mencuri perhatian dengan lontaran vokal yang lebih baik, namun peluangnya untuk bergelar juara agak tipis.

Apa yang pasti, Nubhan akan mencuri perhatian pengundinya berdasarkan personalitinya. Tetapi seandainya, dia berjaya menunjukkan prestasi yang memberangsangkan menerusi persembahannya, dia berjaya membuktikan bahawa dia hadir di AF6 dengan bakatnya yang unik itu.

l Nadia Haswani Hasnan (Nadia)

l 18 tahun

l Lagu-lagu yang akan dipersembahkan:

1) Aku Lebih Tahu (dendangan asal Mila)

2) Kalut Lagi Mengarut (lagu baru)

SUDAH semestinya merupakan saingan hebat kepada Stacy untuk dinobatkan sebagai juara. Kedua-duanya memiliki kemampuan vokal yang tersendiri.

Tidak seperti Stacy, persembahan Nadia dilihat tidak begitu konsisten saban minggu apabila dia membuat persembahan.

Kadang kala di atas pentas, dia berjaya memberikan persembahan yang menarik serta menonjolkan sisi lain dirinya. Tetapi, apa yang kurang menarik tentang Nadia adalah ada kalanya persembahannya dilihat begitu keterlaluan dan dibuat-buat.

Mungkin sudah mengetahui dirinya merupakan antara peserta kegemaran yang akan melangkah kemas ke peringkat akhir menjadikan dirinya begitu over confident lantas ‘mencacatkan’ persembahannya.

Ini dapat dilihat pada persembahannya menerusi lagu Karma pada konsert kelapan. Disebabkan itu juga, penonton sendiri menyedari bahawa persembahannya tidak begitu memberangsangkan lantas menjadikan Nadia mendapat undian terendah sehingga menjadikan dirinya yang sepatut disingkirkan minggu itu.

Semoga Nadia mampu memberikan persembahan yang bagus serta menjadi dirinya sendiri dan mengaplikasikan segala ilmu yang telah dicurahkan dengan sebaiknya.

l Khairul Nizam Baharom (Toi)

l 31 tahun

l Lagu-lagu yang akan dipersembahkan:

1) Cinta Zulaikha (dendangan asal Mawi)

2) Paling Terindah (lagu baru)

PELAJAR kelahiran Johor Bahru, Johor ini sudah semestinya bukanlah calon kegemaran untuk melangkah ke peringkat akhir.

Tetapi, sudah termaktub di azali bahawa seandainya jari yang menjadi juri, kita tidak mampu berkata apa tentang segala keputusan yang telah dilakukan melainkan serah kepada kehendak takdir sahaja.

Bukan untuk menidakkan bakat bapa kepada dua orang anak ini tetapi sepanjang dia hadir dalam perjalanan AF6, Toi tidak dilihat memberikan impak yang besar dalam setiap persembahannya.

Setiap lagu yang disampaikan bagaikan layu di hujung mekar dan tidak bertenaga langsung. Malah, setiap persembahannya tiada satu pun yang boleh dikenang sebagai sebuah persembahan yang hebat dan diingati sampai bila-bila.

Cuma saat dia mendendangkan lagu Kasih Berduka dan Kau Yang Bernama Seri pada konsert kelapan dan kesembilan, terserlah sedikit kemampuannya untuk beraksi di atas pentas AF6 tersebut dan mendapat pujian daripada dua pengkritik tetap iaitu Fauziah Ahmad Daud dan Ning Baizura.

Diberikan lagu Cinta Zulaikha dan Paling Terindah, siapa tahu rezeki akan menjadi milik Toi. Bukankah minggu lepas namanya berada di carta teratas sebaik sahaja undian ditutup. Tidak mustahil untuknya diberikan dengan gelaran juara.

Read more...

Artikel dipetik daripada Berita Harian, 23 May 2008

Menggilap permata

Oleh Zul Husni Abdul Hamid

Ramli MS anggap setiap lima finalis Akademi Fantasia musim keenam ada keistimewaan

WALAUPUN mutu persembahan pelajar Akademi Fantasia musim keenam (AF6) dikritik hebat, malah hingga menjelang konsert kemuncak esok masih terdengar rungutan tidak berpuas hati dengan prestasi ditunjukkan, Pengetua AF6, Ramli MS tetap melihat lima finalis program realiti popular itu sebagai permata yang perlu digilap.

Baginya, kelima-lima pelajar iaitu Stacy, Nadia, Riz, Toi dan Nubhan mempunyai keistimewaan tertentu untuk melayakkan mereka bertanding di final.

Akur tidak mempunyai kuasa untuk memaksa kudrat setiap pelajarnya kerana mereka juga manusia yang punya kelebihan dan kekurangan, Ramli berharap kesemua finalis bekerja keras merebut peluang yang ada di depan mata pada konsert kemuncak, Sabtu ini.

"Setiap finalis perlu bekerja keras dan merebut peluang dengan memberikan persembahan di luar jangkauan intelek mereka.

"Mereka kena sedar Sabtu ini adalah detik penentuan yang akan mengubah kehidupan selepas ini, justeru mereka harus memanfaatkan peluang itu dengan memberikan persembahan yang akan diingati penonton," katanya.

Sebagai anak seni berpengalaman, Ramli berkata dia tidak pernah puas dengan apa yang dilaluinya malah melihat masih banyak perkara baru yang perlu diterokai dalam melengkapkan perjalanan hidupnya.

Justeru kata Ramli, dia tidak pernah kecewa atau berputus asa dengan prestasi yang ditunjukkan pelajarnya kerana setiap insan dikurniakan Tuhan tahap pemikiran serta penerimaan yang berbeza.

"Semua itu normal. Ada yang cepat menerima dan ada yang agak lambat menyerap ilmu yang diberikan. Buruk atau pandai saya tidak akan kecewa serta berputus asa mendidik mereka.

"Situasi mereka sama seperti memasuki alam persekolahan. Tidak semua terus pandai apabila masuk sekolah.

"Jujurnya ada impian saya yang tercapai sepanjang mengetuai AF6, namun saya tidak mahu melihat pencapaian itu hanya dari satu sudut semata-mata.

"Permulaan sebenar karier mereka bukan bermula di akademi, sebaliknya selepas mereka keluar dan menamatkan pengajian di AF6. Di luar menyediakan tempat yang berbeza untuk mereka terus mempraktikkan segala ilmu yang dikutip sepanjang bergelar pelajar AF6," katanya.

Ramli berkata, situasi AF6 agak berbeza kerana ia sebuah program televisyen yang mencuri tumpuan khalayak.

Mungkin dari segi usia yang menjangkau enam musim, penonton mengharapkan pengisian serta kehadiran pelajar yang bagus dan semakin matang.

"Tetapi, penonton harus ingat untuk menggilap sebutir bintang tidak semudah memetik jari. AF bukan sebuah program berkaitan individu kerana individu itu akan matang mengikut peralihan masa dan usia.

"Sebaliknya AF bertindak sebagai akademi yang cuba mencipta sesuatu untuk diberikan kepada penonton saban tahun. Ia berkait rapat dengan kreativiti.

"Jika terus memberikan idea yang sama, ia menerbitkan kebosanan kerana penonton sudah boleh menjangka apa yang dipersembahkan.

"Sama seperti seorang komposer mencipta lagu atau menghasilkan muzik, jika terus memberikan benda yang sama pendengar akan muak serta jemu," katanya.

Barangkali apa yang dipersembahkan kepada penonton ketika ini adalah persembahan separa matang namun Ramli percaya, pengalaman akan merubah segala-galanya.

Katanya, sekali pun AF6 sedang melalui proses kematangan dari segi penerbitan namun mereka tidak mampu untuk mengubah pengisian diri seseorang pelajar.

"Pengisian program dan pengisian diri pelajar adalah dua isu berbeza. AF6 bukan bertujuan melahirkan semula Zahid, Bob atau Adam yang sudah jauh matang kerana masa membantu mereka untuk berubah.

"Kerana itu, saya tidak melihat permulaan karier pelajar di bidang seni ketika mereka di akademi. Semuanya akan bermula selepas konsert akhir.

"Mereka mampu maju jika terus mempraktikkan segala ilmu yang dicurahkan sepanjang berada di AF6 apabila berada di luar nanti," kata Ramli.

Ditanya mengenai kekuatan lima finalis, Ramli berkata, dari segi persembahan keseluruhan apa yang ditunjukkan pelajar musim ini tidak banyak beza berbanding musim terdahulu.

Bagaimanapun katanya, dia melihat kekuatan kepada Stacy yang memanfaatkan segala ilmu yang dicurahkan ketika di kelas dan dipamerkan apabila membuat persembahan di pentas.

"Apa yang diajar walaupun benda itu kecil diambil serius oleh Stacy untuk dipraktikkan. Pelajar lain seperti biasa dan bagi saya, itu perkara normal.

"Sama seperti melihat perjalanan carta, mereka yang berada pada kedudukan atas tentunya lebih baik berbanding yang berada di bawah," katanya.

Ditanya mengenai kelebihan serta kekurangan setiap finalis, Ramli menolak untuk memberi ulasan sebaliknya menyerahkan kepada penonton untuk menilai berdasarkan apa yang mereka saksikan di kaca televisyen.

Read more...

Rebiu Utusan Malaysia Koncert 9 AF6, 20 May 2008

Perang’ kelab peminat di final AF6

Oleh ABD. AZIZ ITAR

aziz.itar@utusan.com.my









AC Mizal (kiri) ketika mengumumkan lima peserta yang layak ke final AF6 (dari kanan) Toi, Nubhan, Riz, Nadia dan Stacy pada konsert minggu kesembilan program TV realiti itu di Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini. – Gambar SHAHRIL AZMAN ZAIN



--------------------------------------------------------------------------------



KONSERT akhir Akademi Fantasia musim ke-6 (AF6) yang bakal diadakan di Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, pada 24 Mei ini akan menyaksikan perang sepanduk dan poster ribuan ahli kelab-kelab peminat lima finalis program televisyen (TV) realiti tersebut.



Dijangka kelab-kelab peminat yang menyokong Nadia, Stacy, Riz, Nubhan dan Toi akan memenuhi separuh daripada ruang stadium dengan kapasiti lebih 10,000 tempat duduk pada pertandingan nyanyian anjuran stesen Astro Ria itu.



Pengurus saluran Astro Ria, Khairul Mizan Shagul berkata, kesemua ahli kelab lima finalis terbabit akan dijemput bagi memeriahkan lagi konsert akhir AF6 itu serta memberi sokongan pada kepada para peserta pilihan mereka.



“Saya difahamkan setiap finalis mempunyai kelab peminat dan blog mereka sendiri di Internet. Kami akan memberi keutamaan kepada mereka untuk hadir bagi memeriahkan lagi konsert pada malam itu nanti. Saya jangkakan lebih 2,000 ahli kelab mereka yang akan datang.



“Ini kerana, setiap finalis mempunyai tidak kurang daripada 500 ahli kelab. Sementara itu, saya jangkakan tidak kurang 6,000 penonton akan memenuhi ruang stadium pada konsert akhir AF6 itu kelak,” katanya ketika ditemui selepas konsert minggu ke-9 AF6 di Dewan Sivik, Petaling Jaya, Selangor, Sabtu lalu.

Sebagai contohnya, Stacy yang mempunyai seramai 680 ahli Kelab Stacy’s Frenz dijangka akan meriuhkan lagi suasana apabila presiden kelab itu, Kos Sarani akan membawa sama penyokong mereka dari Kota Kinabalu, Sabah pada konsert itu.

Selain itu, ahli-ahli kelab Nadia iaitu Nadia Haswani Fan Club dengan 500 ahli, Riz Fan Club. Forumotion (174 ahli) dan Nubhan Fan Club (436 ahli) serta ribuan lagi ahli baru yang belum mendaftar dijangka akan turut hadir bagi memberi sokongan kepada finalis pilihan masing-masing.



Menurut Khairul Mizan, Astro juga akan menjemput peserta AF6 yang telah tersingkir iaitu Stanly, Yana, Ika, Lufya, Naim, Faisal, Saida, Rina dan Alif hadir sama memberi sokongan moral kepada rakan-rakan mereka.



Bagaimanapun, untuk memberi ruang yang lebih adil kepada setiap peserta katanya, mulai 17 Mei lalu hingga malam kemuncak AF6, Astro akan menghentikan khidmat red button dan status Afundi (Akademi Fantasia Undi).



“Dengan adanya kaedah itu, secara tidak langsung ia akan memberi ruang kepada setiap peserta untuk muncul juara AF6. Untuk itu para penonton harus berterusan menghantar SMS (khidmat pesanan ringkas) kepada calon pilihan mereka.



“Ini kerana, SMS hanya merupakan suatu interaksi para penonton terhadap program ini,” ujarnya yang menjangkakan konsert kemuncak AF6 itu akan mengambil masa sekitar dua jam setengah menerusi siaran langsung di Astro Ria.



Bagaimanapun beliau tidak berani untuk mensasarkan berapakah jumlah atau peratusan SMS yang dijangka akan dihantar oleh para penonton pada konsert akhir AF6 nanti.

Malah, Khairul Mizan juga enggan mengulas lanjut tentang hadiah para pemenang AF6 yang dikatakan lebih lumayan iaitu keseluruhannya bernilai RM867,407 di mana ia dikatakan lebih lumayan berbanding tahun lalu.



Sebagai contohnya, juara AF6 kelak akan menerima sebuah banglo empat bilik di A’Famosa Villa D’Lagos, Melaka berharga RM550,000, kereta Peugeot 307 XS (RM139,535), wang tunai (RM25,000), pakej percutian 7 hari lima malam ke Afrika Selatan (RM8,000), pakej pelancongan ke New York, Amerika Syarikat (RM10,000) dan trofi (RM1,199).



“Bagi saya, hadiah bukanlah tarikan utama dalam AF. Ia adalah tentang proses pencarian bakat sama ada dalam bidang nyanyian, lakonan dan pengacaraan bagi mengisi generasi pelapis dalam industri hiburan pada masa depan,” komennya.

Selain juara AF6, naib juaranya pula akan menerima hadiah keseluruhannya bernilai RM96,076, tempat ketiga (RM21,199), tempat keempat (RM9,199) dan tempat kelima (RM7,199).



Sementara itu, pengetua AF6, Ramli MS beliau turut menjangkan konsert akhir program TV realiti itu akan menjadi lebih meriah dan ‘hidup’ kerana setiap peserta diberi peluang menyanyikan lagu-lagu mengikut minat serta kecenderungan masing-masing.

Katanya, dia mewakili para tenaga pengajar AF6 dan pihak Astro sudahpun memilih dan menetapkan lagu-lagu yang akan dinyanyikan oleh lima finalis tersebut. “Saya rasa pendekatan seperti itu akan membolehkan setiap peserta menghayati dan membawakan lagu-lagu dengan sebaik mungkin. Kami memang sudah mula mengenal pasti kecenderungan dan lagu-lagu yang sesuai untuk setiap peserta,” jelasnya selepas berakhirnya konsert minggu kesembilan itu.



Pada konsert itu, selain persembahan para peserta, turut diadakan ialah segmen penghargaan kepada penulis lirik, Allahyarham Rosli Khamis atau Loloq.

Menerusi segmen itu, bekas finalis AF sebelum ini iaitu Faizal, Aizat, Sahri dan Velvet telah menyampaikan lirik lagu ciptaan Loloq seperti Persis Mutiara, Lihatlah serta Aduh Saliha ambil diiringi petikan gitar akustik Izo (XPDC) dan Jembu (Def-Gab-C).



Konsert kemuncak AF6 akan berlangsung mulai pukul 9 malam itu akan disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria dan diacarakan oleh AC Mizal.

Read more...

Compilation of Stacy's Blog in Akademi Fantasia Official Website

Posted in AF6 Official Website on 13 May 2008

Alamak!"

6 May 2008
Sebelum bersarapan pagi kami semua pergi ke dance floor untuk timbang berat. Dan pada minggu ini Stacy dh naik berat badan. Stacy naik 500g iaitu 48.5kg. Berbanding dengan minggu lalu 48.0kg.
Selepas itu kami semua bersarapan bersama-sama. Kami bersarapan roti canai. Sangat sedap. Seperti biasa untuk kelas pertama kami ada sesi dengan kelas ibu Fauziah Nawi. Kami disuruh menyanyi di depan dengan feel sekali.
Selepas tu kelas dengan Kak Nita. Kak Nita telah membantu kami bagaimana untuk berinteraksi dengan penonton semasa berada di atas pentas.
Seterusnya kelas dengan Cikgu Siti hajar, cikgu Shafi dan juga Cikgu Genervie. Cikgu membantu kami bagaimana nyanyi dengan teknik yang betul.
Cikgu jasmine dan pembantunya datang untuk menunjukkan cara-cara make up yang betul. Akhir sekali sesi cikgu Linda iaitu menari.


4 May 2008
Awal pagi jam 7.30am lagi kami dikejutkan kerana ada kejutan untuk kami. Kami disuruh bawa baju spare dan kasut kami di bawa ke kampong halaman Nubhan di Kuala Pilah. Kami telah dibawa ke homestay Warisan di Kuala Pilah untuk menghilangkan tension. Pertama kali datang ke tempat itu dan memang best sebab dapat merasai kembali kampong halaman. Ia mengingatkan Stacy kepada kampong halaman stacy di Sabah.
Tempat tersebut memang cantik dan strategik. Homestay yang dibina disitu memang sangat cantik.

Seperti biasa kami mendengar surat wasiat. Selepas membaca surat wasiat kami bermain congkak. Memang best dapat main congkak dengan mereka yang lain.

Selepas itu kami dihidangkan tempoyak, petai dan banyak lagi makanan-makanan yang sedap. Pertama kali mencuba tempoyak tersebut membuat stacy jatuh cinta dengan makanan itu. Stacy rasa mungkin Stacy akan berkahwin dengan Nubhan supaya dapat makan tempoyak selalu.

Seterusnya kami ada aktiviti luar. Kami berbasikal dan memancing. Kami juga diberikan games seperti galah panjang dan banyak lagi. Kami dibahagikan kepada dua kumpulan . Kumpulan Stacy dan rakan-rakan iaitu tempoyak telah menang. Memang best sangat kenangan tersebut dan saya berharap agar dapat enjoy seperti itu lagi lain kali.


Minggu ke-7 (isnin-jumaat)
Sepanjang minggu tersebut kami tidak dapat menulis diari kerana kami diberikan kerja yang banyak dan mencabar.

Kami telah diberikan dua lagu bonus iaitu Music of The night dan lagu medley P.Ramlee dan 1 lagu solo kami sendiri.

Kami telah diberi peluang besar untuk perform di Istana Budaya dengan iringan Orkerstra Kebangsaan di bawah pimpinan pengetua kami iaitu Cikgu Ramli M.S.
Sesungguhnya biarpun kami penat dan stress, tetapi syukur dapat buat persembahan yang baik pada malam itu. Kami sangat bersyukur dan berterima kasih kepada ASTRO kerana memberi kami peluang sebesar ini. Stacy tidak akan pernah lupakan kenangan termanis ini.


Posted in AF6 Official Website on 2 May 2008

"Seperti Biasa"

Seperti biasa setiap pagi kami bersenam dan seterusnya bersarapan

Cikgu Fauziah Nawi datang untuk mengajar kami tentang feel berkenaan dengan lagu medley P Ramlee

Cikgu Siti Hajar datang mengajar kami tentang vokal classical. Banyak yang kami belajar tentang teknik2 tersebut

Selepas tu Cikgu Shafie dan Cikgu Genervie dtg untuk mengajar kami lagu Phantom of The Opera

Pengetua juga datang untuk membantu kami dalam lagu tersebut

Akhir sekali kami belajar menari dengan Cikgu Linda.


Posted in AF6 Official Website on 29 April 2008

"Kuih Karipap, Kuih Koci"
24/04/08

Macam selalu kami sarapan pagi makan kuih karipap & kuih koci.

Selepas tu, Ibu Fauziah Nawi datang untuk lihat persembahan kami. Semasa saya nyanyi depan Ibu, saya nak cari feel untuk lagu saya tu tapi tak dapat.

Selepas itu kami menunggu Cikgu Linda datang..


Posted in AF6 Official Website on 24 April 2008

"Berat Naik 100 gram"

Seperti biasa kami sarapan pagi. Tetapi sebelum sarapan kami telah sebelum sarapan kami telah ditimbang berat dan saya sudah naik 100gram. Saya diarahkan untuk turunkan berat badan

Untuk kelas pertama, kami bersama-sama dengan ibu Fauziah Nawi untuk sesi pertama dalam hari ketiga ini. Kami telah diarahkan untuk menyanyi di depan ibu.

Seterusnya kami bersama-sama dengan kak Nita. Kak Nita telah memberi banyak tips untuk persembahan minggu ini.

Abang AC Mizal dan kawannya datang untuk memperkenalkan produk Dymium dan Abang AC juga memberi kami tips espresi muka untuk persembahan minggu ini. Ia sangatlah menyeronokkan. Baru kami sedar dimanakah kami itu.

Seterusnya ke kelas vokal bersama Cikgu Siti Hajar. Cikgu memperbaiki pernafasan saya yang banyak sangat. Cikgu Shafi turut membantu.


Posted in AF6 Official Website on 22 April 2008

"Don't Speak (No Doubt)"

Isnin
Hari pertama memang masih terasa debar-debar sebab baru dapat lagu. Harp-harap dapat praktis lagu dengan baik.Diberi lagu daripada Pengetua dan dikomen tentang persembahan minggu lalu. Cikgu Siti Hajar datang mengajar vokal. Cikgu Linda datang ajar menuju puncak!

Selasa
Hari kedua kami diarahkan untuk memakai baju spondor Peel Fresh. Awal pagi sebelum sarapan, kami buat senaman aerobik. Kami bersenam untuk merelaxkan lagi badan supaya bersemangat pagi-pagi ini.

Selepas bersenam kami makan sarapan. Antara sarapan yang disediakan;

- Karipap
- Kuih Ubi
- Nasi Goreng
- Nasi Lemak
- KFC

Seterusnya Mami Fatie datang untuk mengajar

Read more...

Rebiu Utusan Malaysia AF6 Konsert 8 Artikel Tebitan 13 Mei 2008

Kejutan kitaran semula

APABILA pengacara Akademi Fantasia musim keenam (AF6), AC Mizal mengumumkan bahawa tiada pelajar yang akan disingkirkan pada konsert kelapan Sabtu lalu, tiada sebarang rasa terkejut pada audiens.
Seperti sudah dijangka, tiada pelajar yang akan disingkirkan memandangkan konsert akhir hanya tinggal dua minggu lagi sahaja.
Mungkin Astro mahu mengulangi strategi yang telah diguna pakai selama lima musim lalu untuk terus menarik perhatian peminat setia AF6 meskipun musim kali ini dikritik dengan cukup hebat sekali.
Mengapakah pihak Astro masih mahu mengekalkan konsep yang serupa selama lima musim?

Read more...

Rebiu Berita Harian AF6 Konsert 8, Artikel Terbitan 12 Mei 2008

Ramli kecewa Nadia tak banyak berubah

Oleh Zaidi Mohamad Gambar Yahya Zain


MASIH SELAMAT: Enam pelajar AF6 masih meneruskan perjuangan mereka.
Persembahan Stacy terus konsisten dan dianggap bijak menyerap setiap ilmu yang diajar

KELIRU, pelik dan pelbagai persoalan timbul apabila konsert mingguan Akademi Fantasia musim keenam (AF6) bagi minggu kelapan berakhir tanpa penyingkiran. Ironinya, bukanlah sesuatu yang janggal sekalipun bagi program realiti itu kerana pada musim terdahulu juga pernah diterapkan konsep 'tiada penyingkiran'.

Cuma pada konsert minggu kelapan lalu, beg merah sudah tersedia di atas pentas Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya, lucunya tiada pelajar AF6 yang diumumkan.

Read more...

Judges & Bloggers Review on Stacy's Performance at Concert 8 : Gembira Hidup Ini (OS: Farah AF2) - Still Updating

Mr. Manager





Take a good look at the girl in these pictures. This is the look of someone confident, prepared, vocally poised (despite a sore throat), and mentally strong. Why mentally strong? Out of all the students of AF6, she is the only one who has not crumbled or had a nervous breakdown. Her blur-ness and her straightforward personality are what's keeping her sane and focussed. This is a star in the making. As for her performance, it was kacang for her. She showed even more confidence than before and absolute control of the stage. I would like to see Stacy sing asli next week. That is one genre of music she hasn't been challenged in yet.



5/5



Eddy Purnama

Ok i take it back...sorry...hahahahha...tulah bila tengok sambil buat review. I guess with Air Asia everyone can fly. Hahahha...It was nice that they brought her mother, and her mother was so lovely and that would definitely push her votes up. The votes showed that she was leading with a 3% vote and that is how far ahead she was compared to the rest. Stacy is in a league of her own...I have repeated that so many time. If she fails to win, I will lick my shoe, which i will first cover with chocolate syrup. AC Mizal’s guitar playing was so not necessary. I hope he realize that he was making a fool for himself.





Klubbkidd

HOW STUPID IS IT FOR THEM NAK BAWA MAK STACY JUST BEFORE DIA PERFORM???!!

Seb baik budak tuh bagus, kalao tak, ngan emo harus la dak tuh affected lak performance dia.

But that's why Stacy rocked all the more!

Walaupon kejutan tak bertempat, baju macam outfit minah jalan jalan kat Centrepoint in Kota Kinabalu (macam kat Phillippines market pun ada) and berbekal lagu yang takyah aku komen lebih, paham sendiri..., Stacy still did well enough to come up with the best show of the night.





Rating :




Verdict : Hope she keeps it up. The best student undoubtedly...







Sultan Muzzaffar

Seperti biasa minggu ini saya masih meletakkan Stacy sebagai persembahan pilihan saya. Saya rasa beliau telah berjaya membawakan lagu tersebut dengan baik. Lagu tersebut kurang mesra di telinga penonton tetapi berjaya disampaikan dengan cemerlang. Lebih hebat apabila beliau berjaya mengawal emosinya yang sebelum persembahan diberikan kesempatan untuk bertemu ibunya.



Stacy : Gembira Hidup Ini 9/10

Read more...

KOSMO Review on AF6 Koncert 8 ( 10 Mei 2008)

Kejutan basi atau agenda penyelamat? - Konsert kelapan AF6 tiada penyingkiran


HANYA tinggal satu lagi konsert sebelum malam penentu siapakah Juara Akademi Fantasia musim keenam (AF6) tahun ini.
Dan ketika kebarangkalian untuk pemerhati dan peminat AF6 menyaksikan seorang lagi pelajar yang disingkirkan keluar, ketika wajah-wajah baki enam pelajar yang masih tinggal itu tidak lagi mampu tersenyum, tiba-tiba sahaja pengacaranya, AC Mizal mendapat 'arahan', agar tiada penyingkiran untuk konsert minggu kelapan, Sabtu lalu.
Sebagai pemerhati, memang itu satu kejutan tetapi sekadar kejutan basi kerana balik-balik, hanya itu idea lapuk yang diulang pakai AF tahun demi tahun sebagai 'bonus' buat pelajar-pelajar.
Nafas seminggu sahaja lagi di AF6 mungkin cukup untuk mengubah takdir hidup mereka di persada seni.
Jika dilihat terhadap carta persembahan enam pelajar, Stacy, Nadia, Nubhan, Riz, Toi dan Stanly, khalayak sebenarnya sudah maklum bersedia dengan nama pelajar 'kegemaran' masing-masing yang dirasakan tidak layak ke final.


http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0512&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_02.htm

Read more...

  © Blogger template Shush by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP